Tuesday, September 28, 2010

Lambaian perpisahan dan salam pertemuan

Dendangan piano "Gone" oleh pemain piano Jimmy Chappell berkumandang di udara. Serasi dengan hamparan gambar-gambar musim luruh yang aku dahagakan suatu masa dahulu.
http://www.youtube.com/watch?v=z0vDhxSvfTo

Tak ada yang Abadi-tajuk lagu PeterPan itu memberi satu ingatan bahawa sebenar-benarnya itulah hakikatnya.
Manusia bertemu, berpisah dan sama ada pertemuan akan kembali atau sebaliknya-hanya Yang Maha Esa ada jawabnya. Sama ada jodoh itu akan menemukan mereka atau tidak.Bukan garisan dunia. Bukan iklim musim dan angin. Walau sedekat mana mereka berada , mereka tidak akan bersua melainkan jodoh dan takdir itu hadir untuk mereka. Begitu juga halnya-walau betapa jauh laut dan benua menjadi pemisah, mereka akan bersua kembali jika itu telah dibenarkan oleh Yang Maha Esa , lalu pertemuan itu mungkin menjadi lebih bererti , dikenang dan dihargai.

Dan mereka datang silih berganti.


Semakin sukar ruang pertemuan ditembusi dan apabila ia datang, tangisan gembira dan rasa sebak menerjah kalbu . Barangkali kita  sanggup melepaskan segala-galanya untuk bersua dan tidak mengucap perpisahan. Ia, apabila kita telah memberi lambaian perpisahan pada masa lampau.

Sekiranya pertemuan itu hadir dengan mudah, itu juga bermakna kita mengambil mudah untuk hidup dalam  kealpaan dan kerakusan hidup sendiri yang akhirnya membunuh segala-galanya. Lalu perpisahan menjadi iktibar untuk menghargai dan bersyukur dengan apa yang kita ada.


Namun perpisahan itu perlu wujud sebelum hadirnya pertemuan semula.
Barisan  puisi nukilan Wislawa Szymborska berkata:


.....................................

Since they'd never met before, they're sure
that there'd been nothing between them.
But what's the word from the streets, staircases, hallways--
perhaps they've passed by each other a million times?

I want to ask them
if they don't remember--
a moment face to face
in some revolving door?
perhaps a "sorry" muttered in a crowd?
a curt "wrong number"caught in the receiver?--
but I know the answer.
No, they don't remember.

They'd be amazed to hear
that Chance has been toying with them
now for years.

Not quite ready yet
to become their Destiny,
it pushed them close, drove them apart,
it barred their path,
stifling a laugh,
and then leaped aside.

There were signs and signals,
even if they couldn't read them yet.
Perhaps three years ago
or just last Tuesday
a certain leaf fluttered
from one shoulder to another?
Something was dropped and then picked up.
Who knows, maybe the ball that vanished
into childhood's thicket?

There were doorknobs and doorbells
where one touch had covered another
beforehand.
Suitcases checked and standing side by side.
One night. perhaps, the same dream,
grown hazy by morning.

Every beginning
is only a sequel, after all,
and the book of events
is always open halfway through.

No comments:

Post a Comment