Hari ini , aku mengetahui sesuatu. Namun itu tidak bermakna apa-apa petanda.Cuma aku mengetahui sesuatu daripada kisah perjalanan insan -insan lain yang pernah hadir dalam perjalanan hidup aku sendiri.
Ketika aku membuka lipatan penulisan aku , aku melihat semangat waja dan keyakinan aku pada-Nya masih utuh walau apa payah susah yang datang. Namun, kini semua itu semakin hilang dan mungkin lenyap. Walaupun aku tidak mahu demikian, namun aku sedang menuju ke arah itu.
Aku mengajukan soalan-soalan yang ditanya Nabi Ayub.
Namun aku mengerti semakin kita bertanya, semakin kecil kita sebenarnya.
Seseorang pernah mengingatkan aku bahawa perjalanan hidup ini bukan untuk menguraikan kekusutan atau mendapat jawapan kerana perjalanan hidup kita tidak dicipta sedemikian rupa. Perjalanan hidup kita sebenarnya tentang jatuh bangun dan bukannya menggali rahsia yang hanya diketahui-Nya. Barangkali ada baiknya untuk tidak mengetahui sesuatu kerana kita tidak berupaya memahami kebesaran-Nya.
No comments:
Post a Comment