BB drama menyampaikan satu tema-pengganti.
Pengganti. Tiada sesiapa yang suka menjadi pengganti namun istilah ini tetap setia memainkan peranan di bumi gersang ini.
Hampir setiap daripada kita pernah menjadi pengganti atau mencari pengganti.
Pabila sepasang hati bertekad untuk memutuskan kasih dan kemudiannya menemui kasih baru , itu merupakan perjalanan mencari ganti.
Begitu juga apabila sepasang hati memutuskan kasih demi kasih baru, ia suatu kisah pengganti.
Pabila pegangan tinta jatuh ke halaman untuk coretan baru.
Pabila beban disandar kepada anak kecil.
Pabila kita bertapak di perhentian baru dan melambai jauh kepada rumah usang.
Pabila hidangan malam bertukar tangan kepada santapan lain.
No comments:
Post a Comment