Dia telah berjalan seketika lama. Tangannya melewati batu konkrit yang berdiri utuh sejak 1977.
Melapis kisah lama yang tercipta di kampus ini semasa kejatuhan pemerintahan si diktator kejam dan kemangkatan Presiden.
Bilahan hujan memadam bayangan namun keadaan itu sungguh menyenangkan.
Hati tertutup setelah terbuka. Sang bulan tidak melindungi diri malah menyuluh jalan di hadapan.
20 tahun terungkai dengan komunikasi lama yang menghubungkan perpisahan zaman yang tidak mungkin diterokai.
Dan dia terus berjalan. Alunan Bach menemani keharuman yang semakin hilang ditelan masa.
Anda mengenali destinasi sebelum titik ketibaan dan bukan selepas saat tersebut.
Takdir jua bertakhta dan bukan semua harapan dan kehendak menjadi titik destinasi.
Ditto.
2005-2011
No comments:
Post a Comment