Yes or No?
Dua perkataan yang mudah disebut tetapi sukar diujarkan.
Dua perkataan tetapi hanya satu sahaja yang boleh menjadi pilihan.
Sejak aku menerima warkah tersebut,aku tidak pasti apakah aku harus membawa diriku ke sana yang bakal membawa aku kepada risikan sulit. Aku teruja untuk memegang senjata sebenar dan dilatih untuk menguasai kemahiran yang aku impikan sejak tahun lalu. Tidak disangka penceraian yang disusuli dengan pertemuan segar membawa aku kepada perjalanan baru yang tidak diteroka sebelum ini.
Nampaknya, usaha aku dalam pencarian maklumat sejak tahun lalu tidak sia-sia. Aku berjaya melepasi halangan pertama selepas bersengkang mata membuat latihan dan mengutip bacaan am yang tidak terbatas. Aku hampir menuju ke gerbang kebal tersebut. Namun aku masih tertanya-tanya. Apakah aku harus berhadapan dengan halangan kedua? Berbaloikah aku menghabiskan masa di tempat itu yang tidak menambat hatiku? Apakah yang bakal kuhadapi selepas itu?
Aku sedia maklum harga pergorbanan tidak pernah murah. Ini peraturan dunia. Kita perlu membayar untuk setiap yang kita terima sama ada dalam wang ringgit atau selainnya. Namun setiap yang dibayar tersebut ada nilainya. Jika nilainya tidak dapat diukur dengan wang ringgit , pengorbanan itulah yang paling mahal.
Kalut. Kalut. Kekadang aku berharap kegusaran hidup akan beredar seperti awan yang berarak tika lewat petang. Namun, manusia dicengkam sedemikian selagi masa masih berputar di paksi Bumi.
C'est la vie.
No comments:
Post a Comment