Ketenangan dan ruang yang dinikmati beberapa bulan ini akhirnya punah. Buat sementara sahaja aku berharap. Dia telah pulang. Namun,kepulangannya tidak dialu-alukan. Aku berharap dia akan beredar secepat yang mungkin. Aku berdoa siang malam agar harapan ini akan termakbul.
Dalam pada itu,kehadiran warga mamat - mamat rambut tercacak lagi tidak disenangi.
Bukan masalah penampilan tetapi perlakuan membabi buta yang menjengkelkan.
Entah bagaimana mereka bijak menjerat minah-minah untuk wang ringgit dan nafsu.
Sememangnya kata teman bahawa tiada apa yang kekal sentiasa.
Situasai sering berubah-ubah , begitu dengan hati, perasaan dan minda manusia.
No comments:
Post a Comment