Sunday, October 10, 2010

Apa itu erti keberanian?

Betul kata Gordon. Tiada siapa yang melepasi rintangan dan duka dalam kehidupan ini.

Pada saat-saat  ini, apakah perkara kritikal yang perlu dititkberat?
Aku harap aku tidak akan memperlekeh apa yang penting buat masa ini.
Aku bukan takut bertemu ajal, apa yang aku gentar ialah kesakitan.
Apabila hati berdenyut dan ditusuk, apabila rasa tidak selesa memamah badan. Apabila mata tidak pejam di kala kamar malam.
Apapun, aku sudah bersedia untuk mengetahui keputusan hari esok atau lewat hari nanti.
Lebih bersedia untuk ini daripada menurunkan diri di tempat yang masih asing.
Ahad terakhir.
Aku akan merindui bayu laut yang membalut resah yang berbaur di sanubari.
Aku akan pulang. Aku akan pulang jua.

Aku berat hati . Apakah keputusan ini yang sewajarnya?
Apakah ini pilihan hati?
Hanya Tuhan Yang Maha Esa yang ada jawapannya.

Aku diberitahu  kita harus berani mencuba kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku. Ia adalah sesuatu yang ghaib. Oleh itu kita tidak berhak untuk menentukan sama ada kita akan berjaya atau tidak. Ketentuan itu di luar bidang kuasa kita. Hak kita hanya mencuba dengan keberanian.

Andainya kita berkata gagal, maka perjuangan itu sudah berakhir dan pastilah kita menjadi selemah-lemahnya.Tugas kita hanya untuk memohon dan meminta sesuatu daripada kuasa yang paling agung iaitu Allah. Jangan meminta daripada manusia kerana manusia hanya sedikit harta untuk diberikannya, tetapi meminta pada Allah kerana Allah mampu dan berkuasa memberi sebagaimana yang ditentukan-Nya.

Manusia telah dijadikan di dalam keadaan bersusah-payah.
Kita mempunyai daya tahan yang mengkagumkan.Terpulang sama ada kita hendak menggunakannya atau tidak.Apabila ada kemahuan, di situ ada jalan.

Aku berfikir sejenak.

"Aku memohon pada-Mu Ya Tuhan. Berikanlah  kekuatan pada hambamu yang tidak menakung ketenangan. Bukalah jalan pada hambamu ini yang masih dalam kegelapan.
Dakaplah hambamu ini dalam kasih-mu yang tidak pernah berubah.
Amen."

No comments:

Post a Comment